Pada 5 Oktober 2015, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja Leftenan Jeneral Datuk Azizan bin Mad Deli, Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS). Lawatan turut dihadiri Timbalan Komisioner Dato? Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), Brig Jeneral Toh choon Siang, Pengarah Kanan MiDAS, Kolonel Radzuan bin Hj Abu Bakar, Pemerintah Markas Garisson Kem Syed Sirajuddin, Penguasa Penjara Muhammad Asri bin Sabu, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan, Ketua-ketua Jabatan, pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Majlis dimulakan dengan taklimat pengurusan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan oleh Timbalan Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah, PYM Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin serta lawatan ke tapak agrikultur dan aquakultur seperti tapak firtegasi, ladang ternakan ayam kampong, ladang nanas dan penternakan ikan keli.
""