Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Program Pemulihan Bersepadu Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 pada 5 Oktober hingga 6 Oktober 2015 bertempat di Rumah Kelab Penjara Simpang Renggam, Johor. Seramai 52 orang pegawai dibawah agensi KDN terlibat dalam menjayakan bengkel dua hari tersebut.
""