| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Jangka Pendek Gunting Rambut Lelaki Dan Refleksologi Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 30 September dan 1 Oktober 2015 bersamaan 17 dan 18 Zulhijjah 1436H Unit Vokasional dan Industri, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Kursus Jangka Pendek Gunting Rambut Lelaki dan Refleksologi dengan kerjasama dari pihak Kolej Komuniti Muar, Johor, bertempat di Dewan Makan Blok Damai melibatkan 221 orang penghuni. Sesi pembelajaran dibahagi kepada 2 kumpulan untuk sesi pagi dan petang. Turut hadir dalam program tersebut PKP Azraee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan  kepada penghuni dengan kemahiran berkaitan dengan teknik yang betul menggunting rambut lelaki dan teknik urutan kaki (refleksologi).

 

""