Pada 29 September 2015, telah berlangsung perlawanan persahabatan Bola Sepak di antara Pusat Koreksional Bintulu menentang Penjara Miri. Perlawanan telah diadakan di Padang Sintetik BDA Bintulu sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2015. Pasukan Penjara Miri diketuai oleh TPP Mohamad Hidayat Bin Ismail manakala pasukan Pusat Koreksional Bintulu diketuai oleh TPP Azmi Bin Mahat. Perlawanan turut disaksikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara kakitangan selain memupuk gaya hidup sihat.
""