4 Oktober 2015 ( Ahad ), Program Temuseru "Ikatan Mesra Bersama Masyarakat" anjuran bersama Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah, Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya dan juga KRT PPR 2 Flat Paya Nahu yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Darulaman. Program tersebut telah dihadiri seramai 200 orang tetamu terdiri daripada iman-iman masjid, penghulu-penghulu mukim, JKKK, NGO, pihak majikan, wakil-wakil jabatan kerajaan, penduduk setempat, Orang Diparol beserta keluarga dan juga kakitangan Parol Daerah dan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah. Program temuseru ini dirasmikan oleh Penguasa Penjara Jamaluddin Bin Awang Kechik, mewakili Pengarah Penjara Negeri Kedah. Turut hadir penganjur bersama KIP Mohd Azhan Bin Jaudin, Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah, Tn Hj. Fadzil Bin Hj. Ali, Timbalan Pengerusi Masjid Sultan Abdul Halim dan En. Jalani Bin Murad Pengerusi KRT PPR 2 Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah. Sesi taklimat berkaitan sistem Parol dan Perkhidmatan Komuniti dan hala tuju Sistem Parol disampaikan oleh KIP Azahari Bin Malim, Pegawai Parol Daerah Pendang, Kedah. Matlamat program adalah untuk memberi maklumat dan juga kefahaman berkaitan Sistem Parol yang dijalankan di negara ini sejak 2008. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain bagi mencapai hasrat dan memahami peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam proses 'reintegrasi' sosial pesalah dalam masyarakat.
""