Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota Kluang menjadi destinasi ke-2 lawatan Ketua Eksekutif MiDAS, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin selepas PPP Kem Gemas. Agenda lawatan adalah meninjau rancangan perluasan aktiviti agrikultur dan akuakultur serta halatuju Program PPP Kem Mahkota. Lawatan berkonsep ?walking brief? ini berlangsung selama 2 jam. YBhg. Datuk Azizan telah diiringi YBhg. Brig. Jen. Dato` Ab Aziz Bin Hj Abdullah, Panglima 7 Briged, Kem Mahkota, Kluang dan Penolong Kanan Komisioner Sazali Bin Ismail, Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Diakhir lawatan, YBhg Datuk Azizan telah menekankan supaya PPP Kem Mahkota memfokuskan penanaman cendawan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan. Sesi lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderahati daripada KIP Baharin Bin Md Jadi, Komandan PPP Kem Mahkota kepada YBhg Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin.
""