Pada 10 Oktober 2015 bertempat di Taman Awam Miri, Penjara Pusat Miri telah menganjurkan satu Program Berjalan 10,000 Langkah. Aktiviti ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2015 yang disambut di seluruh negara. Pada sebelah petang pula, institusi ini telah terlibat dengan perlawanan persahabatan bola sepak di antara Penjara Pusat Miri menentang Jabatan Kerja Raya Bahagian Miri bertempat di padang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri. Program ini telah disertai oleh seramai 40 orang anggota dan kakitangan Penjara Pusat Miri. Antara objektif program ini adalah untuk memastikan anggota dan kakitangan sentiasa dalam keadaan sihat serta bagi menanam semangat mementingkan penjagaan kesihatan tubuh badan. Di samping itu juga, ianya adalah bertujuan untuk menjalin hubungan yang erat antara anggota dan kakitangan serta dengan jabatan yang lain.
""