Pada 9 Oktober 2015, jam 10.00 pagi telah berlangsung Program Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh bagi tahun 2015. Antara acara yang dijalankan ialah senam robik dan pertandingan tarik tali di antara blok-blok banduan. Program yang merupakan acara tahunan ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Penjara Sungai Buloh TKP Abd Kadir B Rais diiringi oleh PP Raja Nazril Azman B Raja Azam Iskandar, TPP Rahim B Deraman serta wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Negeri Selangor dan anggota penjara yang lain yang melibatkan seramai 438 orang banduan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik banduan tentang kebaikan beriadah dalam menjaga kesihatan dan memupuk sikap kerjasama dalam pasukan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh TKP Abd Kadir B Rais.
""