Pada 10 Oktober 2015 (Sabtu), Pusat Koreksional Dungun, Terengganu telah mengadakan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni bertempat dipadang riadah penghuni. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya futsal, sepak takraw, ping pong, bola tampar, tiga serangkai, tarik guni, lari dalam guni, abang sado dan lelaki terakhir. Seramai 263 penghuni dan 20 anggota terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut. Program telah disempurnakan oleh TPP Roslan bin Sidek.
""