Pada 6 Oktober 2015 (Selasa), Penjara Sungai Petani telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani. Sambutan ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjadikan negara sebagai sebuah ?Negara Bersukan?. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, sambutan Hari Sukan Negara peringkat penghuni ini juga dilihat dapat mendisiplinkan diri penghuni dan sebagai salah satu daripada aktiviti pemulihan. Sebanyak empat jenis sukan dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Baling, Sepak Raga Bulat, Pingpong yang disertai oleh seramai 80 orang penghuni. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penguasa Jamaludin bin Awang Kechik, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani.
""