| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pusat Pemulihan Akhlak Machang,Kelantan telah mengadakan Program Sambutan Hari Negara pada 10.10.2015 di dataran Rumah kelab PPA Machang. Majlis dirasmikan oleh PKK Hamzani Bin Berahim Pengarah Penjara Negeri Kelantan. Turut dihadiri oleh PKK Rosdi Bin Ahmad Pengarah PPA Machang selaku tuan rumah Program. Seramai 250 Kakitangan dan Keluarga menghadiri program ini. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan budaya bersukan di kalangan kakitangan dan keluarga bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri. Selain itu, aktiviti bersukan juga akan merapatkan hubungan sesama rakyat tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama apabila mereka sama-sama melakukan aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Perlawanan Bola Sepak Akhir Pegawai Kanan, Karom, Dart, dan Ping Pong Terbuka Daerah Machang.

 

""