Buat julung kalinya, Bahagian PPI Banduan/Tahanan PPA/Pusat Koreksional Machang, Kelantan telah mengadakan Perlawanan Bola Sepak Peringkat Penghuni sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2015 pada 10 Oktober 2015 (Sabtu), bertempat di Padang Bola Sepak Penghuni. Program tersebut telah melibatkan seramai 200 penghuni pelbagai kategori di mana perlawanan melibatkan antara orang banduan dan orang tahanan. Program telah bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Penguasa Penjara Mohd. Zamri bin Ngah selaku wakil YS. Pengarah. Majlis t turut dihadiri oleh Pegawai Kanan dan Anggota Unit PPI Banduan/Tahanan. TPP Mohd. Zamri bin Ngah telah menyampaikan sepatah kata ucapan dan menyatakan sokongan di atas penganjuran sukan seumpama ini. Pasukan orang tahanan telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan gol 4 ? 0.
""