Pada 10 Oktober 2015 (Sabtu), Pusat Koreksional Puncak Alam telah menganjurkan Hari Sukan Negara di Kompleks Penyayang Bakti Sri Damansara. Program ini disertai oleh 50 orang anak yatim beserta anggota Pusat Koreksional Puncak Alam. Tentatif program dimulakan dengan acara senamrobik, kemudian diikuti dengan acara sukaneka bersama anak-anak yatim. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti gotong-royong, mengecat dan penanaman pokok disekitar Kompleks Penyayang Bakti Sri Damansara. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar.
""