Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo pada 10 Oktober 2015 (Sabtu) telah dimulakan dengan gimik ringkas perasmian oleh PKK Mohamad Rosidek Bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak mewakili Pengarah Penjara Negeri Sarawak bertempat di perkarangan Pejabat Pentadbiran Penjara Puncak Borneo. Turut hadir ialah Pengarah Penjara Puncak Borneo PKP Walace Anak Nawon. Seramai 150 anggota pelbagai pangkat dan ahli keluarga hadir menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo. Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah Futsal, Bola Tampar, Petanque, Ping Pong dan Senamrobik.
""