Pada 17 Oktober 2015 (Sabtu), Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program Restu Ilmu dan Solat Hajat yang dirasmikan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pelawat dan Guru Halaqah. Program ini bertujuan memberikan lonjakan motivasi tambahan kepada penghuni yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini agar lebih cemerlang dan sentiasa bersemangat tinggi serta bersungguh-sungguh agar prestasi tahun ini akan bertambah cemerlang. Majlis dimulakan dengan Solat Taubat, Solat Hajat dan Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Haji Ahmad Ismal Hafizul Azim bin Ismail Al-Hafiz, Imam 1 Masjid Selat Melaka. Kemuncak acara ialah ikrar dari pelajar SPM dan restu ilmu dari para guru akademik yang sememangnya mengharapkan segala pengorbanan dan ilmu yang diberikan dibalas dengan pencapaian keputusan yang lebih cemerlang pada tahun ini manakal Ikrar guru telah diketuai oleh En Othman bin Markom, Penyelia Akademik. Program diakhiri dengan perjumpaan antara guru dan ibubapa penghuni untuk perbincangan prestasi pelajar dalam Peperiksaan Percubaan 2015 SPM. Program tahunan ini begitu penting kerana pelajar-pelajar menerima impak kesedaran rohaniah dengan kehadiran ibu bapa bagaikan pemangkin kepada lonjakan semangat menggapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2015.
""