Pada 10.10.2015 (Sabtu) telah berlangsungnya sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sarawak di Padang Merdeka Kuching, Sarawak. Pelbagai acara sukan telah dianjurkan antaranya larian 5km dan 10km, kayuhan basikal 35km dan persembahan seni beladiri dari pelbagai aliran seni beladiri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom. Sebagai tanda sokongan terhadap sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sarawak pihak Penjara Puncak Borneo telah menghantar 14 orang anggota untuk menyertai acara kayuhan berkonsepkan "fun ride". Laluan yang digunakan adalah sekitar bandaraya Kuching yang mana ianya sekaligus mempromosi sukan berbasikal sebagai gaya hidup sihat kepada seluruh warga bandaraya.
""