Selasa, 13 Oktober 2015 bersamaan 29 Zulhijjah 1436H, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menerima lawatan kerja daripada Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz Bin Mohamad. Ketibaan beliau telah disambut oleh PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan disusuli dengan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai kanan institusi sebelum diakhiri dengan lawatan dalam kawasan penjara. Dalam lawatan tersebut juga, TKP Abdul Aziz Bin Mohamad turut dijemput untuk menyempurnakan majlis upacara penyerahan sijil kursus gunting rambut dan kursus refleksologi peringkat penghuni.
""