Pada 10 Oktober 2015, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Taiping telah diadakan di Dataran Taming Sari, Penjara Taiping. Program telah disempurnakan oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak dan PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Seramai 170 anggota lain-lain pangkat terlibat menjayakan program ini. Antara program yang diadakan adalah senamrobik, ?Prison Walk? 1,000 langkah mengelilingi Taman Tasik Taiping, perlawanan pingpong dan futsal.
""