Sempena Hari Sukan Negara 2015 yang disambut pada 10 Oktober 2015, Unit Pemulihan dan Rawatan dengan kerjasama Unit Latihan Pusat Koreksional Jasin turut menyambutnya dengan penyertaan seramai 28 anggota dan kakitangan awam serta 50 orang penghuni.
Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Antara pengisian program tersebut adalah aktiviti senaman, perlawanan bolasepak, sepak, bola tampar yang diadakan antara kakitangan dan penghuni serta permainan karom.
""