Pada 20 Oktober 2015 (Selasa), Unit Pemulihan dan Rawatan (Unit Agama) Penjara Sungai Petani telah menguruskan majlis pengislaman dua orang penghuni bertempat di bilik mesyuarat Penjara Sungai Petani. Pegawai agama dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Al-Fadhil Ustaz Mohd Murtadha bin Haji Mohd Yusoff telah dijemput menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah PKP Husin bin Haji Johari, Pengarah Penjara Sungai Petani, PP Jamaludin bin Awang Kechik, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, PPP Fudzly bin Abdul Wahab, Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan Institusi, Guru-guru Sekolah Integriti serta pegawai dan kakitangan Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Petani.
""