Pada 21 Oktober 2015 (Rabu), Penjara Pra Bebas Dusun Dato'Murad telah menerima kunjungan daripada Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz Bin Mohamad. Ketibaan beliau telah disambut oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin dan pegawai-pegawai kanan institusi. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat, sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai kanan, lawatan ke setiap unit dan lawatan ke sekitar kawasan agro. Kunjungan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka telah diakhiri dengan sesi bergambar, penyampaian cenderahati juga jamuan makan.
""