Pada 21 Oktober 2015 (Rabu), Unit Pemulihan dan Rawatan (PPI) Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah 1437H peringkat penghuni. Majlis disempurnakan oleh PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Seramai 200 orang banduan beragama islam terlibat dalam majlis tersebut. Sambutan Maal Hijrah ini diserikan lagi dengan persembahan pentomen dan nasyid oleh banduan selain daripada ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Tarmizi bin Shamsul Arif.
""