Pada 22 Oktober 2015 ( Khamis ), Jawatankuasa Surau As-Syakirin dengan kerjasama Persiap Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan gotong-royong memasak bubur asyura sempena sambutan awal Muharam, 1437 Hijrah. Turut hadir pada majlis ini ialah PKP Faisal bin Mohamed Noor, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting dan PP Hj Turedy bin Abdullah. Sebanyak 400 bekas bubur asyura berjaya disediakan untuk diagihkan kepada semua kakitangan.
""