| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kedutaan Besar Republik Indonesia Ke Penjara Taiping, Perak

Pada 03 November 2015 (Selasa), seramai 7 orang pegawai dari Kedutaan Besar Republik Indonesia telah mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Taiping yang mana ianya merupakan program tahunan Kedutaan Indonesia bersama Jabatan Penjara. Delegasi ini telah disambut oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping, PP Murali A/L Rajoo, Timbalan Pengarah dan Pegawai Kanan. Tujuan lawatan ini adalah untuk beramah mesra dengan 28 orang penghuni warga Indonesia yang sedang menjalani hukuman di Penjara Taiping. Ahli rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh PKK Charin Promwichit. Antara aktiviti yang diadakan adalah majlis dialog, makan tengahari bersama penghuni serta pemberian bantuan wang sagu hati sebanyak RM70.00 kepada setiap penghuni.

 

""