Pada 2 November 2015 (Ahad) jam 10.00 pagi, Duta Besar Republik Indonesia iaitu Bapak Herman Prayitno bersama pegawai-pegawai Kedutaan Besar Republik Indonesia dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru telah mengadakan lawatan untuk bertemu banduan warganegara Indonesia di Penjara Reman Johor Bahru. Rombongan tersebut telah disambut oleh PKP Shariff bin Masri, Pengarah Penjara Reman Johor Bahru. Seramai 47 banduan sabitan dan 16 banduan reman terlibat dalam program tersebut. Antara pengisian lawatan tersebut adalah sesi dialog, penyampaian sumbangan kepada banduan dan jamuan makan bersama Duta Besar Republik Indonesia.
""