Pada 29 Oktober 2015(Khamis), Pegawai Konsulat dari Kedutaan Besar Indonesia telah hadir untuk sesi pertemuan dengan 300 Banduan Jatuh Hukum dan Reman warga Indonesia. Sesi pertemuan ini telah dihadiri oleh TKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong yang telah diadakan di Dewan At-Tarbiyyah Penjara Bentong. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Indonesia , ucapan oleh wakil konsulat dan sesi soal jawab. Pihak Konsulat Indonesia juga telah memberi sumbangan makanan, majalah dan wang tunai sebanyak RM 70.00 kepada setiap banduan warga Indonesia untuk digunakan bagi pembelian barangan harian sewaktu tempoh hukuman.
""