| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi Kedutaan Indonesia

Pada 28 Oktober 2015 (Rabu), seramai 7 orang pegawai dari Kedutaan Besar Republik Indonesia telah mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Seremban yang mana ianya merupakan program tahunan Kedutaan Indonesia bersama Jabatan Penjara. Delegasi ini telah disambut oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban dan Pegawai Kanan. Turut hadir semasa lawatan adalah PKK Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan.  Tujuan lawatan ini adalah untuk beramah mesra dengan 160 orang penghuni warga Indonesia yang sedang menjalani hukuman di Penjara Seremban. Ahli rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin. Antara aktiviti yang diadakan adalah majlis dialog, makan tengahari bersama penghuni serta pemberian bantuan wang sagu hati sebanyak RM70.00 kepada setiap penghuni.

 

""