Pada 11 November 2015 (Rabu), seramai 6 orang tahanan telah terpilih menyertai program Jalinan Kasih sempena Sambutan Deepavali 2015 peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Program yang turut dihadiri oleh TPP Muhamad Naim Bin Amir telah memberi impak besar kearah usaha mengembalikan tahanan ke pangkuan masyarakat setelah dibebaskan melalui program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia.
""