Pada 11 November 2015 (Rabu) di Dataran Perhimpunan Pusat Koreksional Kamunting Perak telah berlangsung Program Jalinan Kasih sempena Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni. Program telah melibatkan 4 orang penghuni dan 13 orang ahli keluarga. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PP Turedy bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting dan TPP Zaini bin Ahmad. Menerusi pendekatan program ini, ianya dapat memberi peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sambutan Deepavali bersama keluarga. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk berubah.
""