21 November 2015 (Sabtu), bertempat di Dewan Taman Gemilang Pusat Pemulihan Akhlak Muar, telah diadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Institusi PPA Muar. Seramai 18 orang anak-anak kakitangan terlibat dalam majlis tersebut. Turut hadir Pengarah PPA Muar, PKP Mohd Shukri bin Harun dan isteri Puan Norhayati Binti Talib. Majlis telah dirasmikan oleh KP Hj Abdul Wahab Bin Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor. Majlis ini adalah kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Muar dan PERSIAP PPA Muar.
""