Pada 13 November 2015 (Jumaat), bertempat di Dewan Ilmu Penjara Tapah telah diadakan Program Jalinan Kasih Deepavali. Program tersebut diadakan dalam 2 sesi, dimana seramai 17 banduan sabitan terlibat dalam sesi pagi dan 4 Banduan Akhir terlibat pada sesi petang. Program ini telah berjaya mengeratkan silaturahim di antara penghuni dan keluarga serta memberi peluang kepada penghuni merasai suasana perayaan Deepavali . Sepanjang progran berlangsung, penghuni dan para tetamu turut dihiburkan dengan Tarian Bollywood dan Deklamasi Sajak daripada penghuni. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Tapah, TKP Shukri Bin Saad dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, PKP Jamalludin Bin Hassan.
""