Penjara Pusat Miri telah dipilih sebagai institusi pengelola bagi Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2015 dengan Kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, Miri telah diadakan pada 12 November 2015 bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia, Pustaka Negeri Sarawak, Miri dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Naroden bin Haji Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan Sumber Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Sarawak. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Timbalan Komisioner Suria bin Haji Idris serta pengarah-pengarah institusi Penjara Sarawak. Program ini juga telah melibatkan seramai hampir 220 orang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Agensi Kerajaan dan Negeri di Miri, pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Antara pengisian program termasuklah persembahan pentomin oleh 7 orang penghuni penjara, Forum Kepenjaraan, ceramah kepenjaraan, perkongsian pengalaman penghuni, pameran oleh agensi KDN, pameran infokraf penjara negeri Sarawak serta persembahan SENTAP oleh Kadet Koreksional SMK Riam.
""