Pada 21 November 2015 (Sabtu) ? ?Program Jalan Lasak? yang dianjurkan oleh Unit Latihan Penjara Pusat Sibu telah diadakan dimana ianya bermula dan berakhir di Kuaters kediaman Kakitangan. Jarak perjalanan yang dilalui oleh para peserta adalah sejauh 6 km. Seramai 85 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan PERSIAP Penjara Pusat Sibu telah menyertai program ini yang bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat disamping memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan.
Para peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan sepanjang perjalanan terdapat 5 ?check point? dimana setiap kumpulan telah diberikan tugasan yang perlu dibentangkan di lokasi terakhir. Selain itu, terdapat cabutan bertuah bagi peserta yang berjaya menamatkan perjalanan. Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat Sibu PKP Bismillah Bin Abang Masra.
""