Majlis Dialog dan Hi-Tea Bulan April Penjara Marang Terengganu telah diadakan pada 22 April 2015 bertempat di Dewan Dato' Ibrahim Penjara Marang Terengganu. Slot ceramah kepenggunaan bertajuk "Hak Sebagai Pengguna" turut diselitkan yang disampaikan oleh Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK). Turut diadakan majlis penyerahan sijil penghargaan perkhidmatan yang cemerlang kepada Kerajaan dan Negara kepada waris Allahyarham KPL 7615 Mohd Zulkifli Bin Abd Ghani yang telah disampaikan oleh Penguasa Penjara Raja Mohd Amazon bin Raja Daud Timbalan Pengarah Penjara Marang Terengganu.
""