| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi (MKKI) Bil 1 Tahun 2015 di Akademi Koreksional Malaysia

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi (MKKI) Bil 1 Tahun 2015 telah diadakan pada 7 Mei hingga 9 Mei 2015 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 84 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Institusi dan wakil daripada Kementerian Dalam Negeri. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini  berobjektifkan:


? Memberi pendedahan kepada ketua-ketua institusi berkaitan isu dan cabaran yang telah, sedang dan bakal dihadapi oleh Jabatan dan mengemukakan cadangan penyelesaian agar Jabatan sentiasa selari dengan perkembangan semasa;
? Meneliti semula program-program yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan visi, misi dan objektif Jabatan berada pada landasan yang sebenar dan dicapai dengan jaya;
? Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui perkongsian ilmu dan cetusan idea bersama serta mengatasi karenah birokrasi; dan
? Memperkasa jaringan kerjasama antara pengarah-pengarah bahagian di peringkat ibu pejabat dan ketua-ketua institusi.


Perjalanan MKKI Bil 1 Tahun 2015 pada hari pertama dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan seterusnya pembentangan laporan maklumbalas oleh Setiausaha Mesyuarat, pembentangan isu-isu di Parlimen dan Laporan International Committee of the Red Cross (ICRC), pembentangan isu-isu perundangan oleh penasihat undang-undang jabatan dan pembentangan-pembentangan sektor pengurusan dan keselamatan. Penggulungan mesyuarat oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara yang memberi penekanan kepada aspek kompetensi kepimpinan dan tadbir urus yang baik. Majlis penutupan mesyuarat kali ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian  Dalam Negeri. YBhg. Dato' KSU menyatakan pihak kementerian terutamanya Menteri Dalam Negeri amat berpuashati dengan program-program tranformasi kepenjaraan yang dilaksanakan dan pihak kementerian akan sentiasa menyokong setiap langkah yang diambil oleh jabatan dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap perkhidmatan korektif yang diberikan kepada rakyat. Sebelum itu, majlis penyampaian pingat juga turut diadakan kepada ahli-ahli mesyuarat.

 

""