09 Mei 2015?Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan "Program Sentuhan Kasih" penghuni SHG Melaka bersama YBhg. Datin Sri Feona Sim Abdullah isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri. Turut hadir meraikan program tersebut ialah YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini binti Hj. Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia. Program bersempena sambutan Hari Ibu berkonsepkan Masih Ada Yang Sayang bertujuan membangkitkan rasa kesedaran dan penghormatan di atas jasa dan pengorbanan setiap ibu melalui aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan.