| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2015

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Zon Tengah Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2015 dikelolakan oleh Penjara Wanita Kajang telah berlangsung pada 17 hingga 19 Mei 2015 bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highlands. Penyertaan KIK Peringkat Zon Tengah pada tahun ini disertai oleh 11 kumpulan iaitu 5 kumpulan bertanding dalam Kategori Teknikal dan 6 Kategori Pengurusan. Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha KPj Haji Abdul Wahab bin Kassim, Pengarah Penjara Kajang.


Keputusan Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah Tahun 2015 adalah seperti berikut :


KATEGORI PENGURUSAN


 KEPUTUSAN  INSTITUSI KUMPULAN  TAJUK PROJEK
Johan Penjara Kajang MYQ Proses Pendaftaran dan Penyampaian Banduan Tidak Efisien
Naib Johan Penjara Sungai Buloh Evolusi II Perkasa Peningkatan Kerosakan dan Kehilangan Tray Di Blok Penempatan
Ketiga Parol Wilayah Persekutuan Metropolitan Kesukaran Mengenalpasti Kesilapan Semasa Proses Semakan Dosir


KATEGORI TEKNIKAL


 KEPUTUSAN  INSTITUSI KUMPULAN  TAJUK PROJEK
Johan Parol Negeri Perak G2 Meningkatkan Kapasiti Penempatan di Rumah Perantaraan Negeri Perak
Naib Johan IPD Jelebu Eco Wheel Masalah Kekotoran di Kawasan Blok Banduan Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan
Ketiga Maktab Penjara Malaysia Momentum Pergerakan Senjata Api M16 Dalam Kuantiti Yang Banyak Kurang Efisien

 

""