7 Mei 2015 (Khamis) - Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan telah menerima lawatan Peserta Program MTCP dari Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah bertujuan untuk melihat program pemulihan ke atas penghuni di instisusi ini. Lawatan seramai 51 orang delegasi dari pelbagai negara diketuai oleh PKP Adinaraina a/l Subramaniam dibawa masuk melawat ke blok penempatan banduan untuk melihat dengan lebih dekat program pemulihan yang dijalankan kepada penghuni. Peserta program juga turut dipersembahkan dengan persembahan terapi muzik oleh penghuni Pusat Seni Kreativiti institusi ini. Peserta melahirkan rasa puas hati dan kagum atas usaha institusi ini dalam proses pemulihan penghuni disamping sistem keselamatan yang dipraktik bagi menjamin program-program kepenjaraan yang dirancang dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
""