Pada 13 Mei 2015 Pusat Koreksional Puncak Alam menganjurkan Program Mesej Dari Penjara dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat. Program ini disertai oleh 200 orang guru dan murid daripada 40 buah sekolah sekitar Daerah Kuala Langat. Tentatif program dimulakan dengan ucapan daripada PP Anbalagan a/l Subramaniam, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dan ucapan daripada Pengerusi MCPF Kuala Langat Kpt.(b) Mohamed Sufee bin Hj Ahmad Al Qasasy serta ucapan daripada Yang DiPertua Majlis Pembangunan Luar Bandar Perlimen Kuala Langat, YBhg Dato' Hj Sulaiman bin Mohd Karli. Pengisian program diteruskan dengan taklimat oleh orang diparol ( ODP ) En. Shahrudin bin Halim serta pemeran dari Unit Latihan Penjara Sungai Buloh. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar.
""