Latihan Menembak Siri 1 Dan 2 bagi Institusi Penjara Seberang Perai telah diadakan pada 20 dan 21 Mei 2015 bertempat di Lapang Sasar Kem PGA Batalion 2 Kulim, Kedah. Seramai 69 anggota dan pegawai termasuk 6 orang Ketua Jabatan Kementerian Dalam Negeri Pulau Pinang yang diundang telah terlibat dalam sesi latihan ini. Senjatapi yang digunakan adalah HK MP.5 A3, Pistol Smith & Wesson Semi Auto MP9, Rifle Colt M16 A1/A2 dan Pump Gun Winchester/Mosberg/ Inova Pump Action.
Dalam sesi latihan tersebut juga turut diadakan pertandingan menembak bagi Ketua-ketua Jabatan KDN Pulau Pinang. Tempat pertama disandang oleh Pengarah Bahagian Percetakan Dan Kawalan Penerbitan Al Quran iaitu Cik Azniza Binti Osman, tempat kedua dimenangi oleh Pengarah Penjara Seberang Perai, PKK Kamarudzaman Bin Hj Mamat dan tempat ketiga dimenangi oleh Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang Puan Siti Rohani Binti Ahmad.
""