Unit Program Pembangunan Insan Pusat Koreksional Machang telah mengadakan Majlis Memperingati Peristiwa Isra' dan Mikraj Peringkat Penghuni pada 18 Mei 2015 bertempat di Surau Al-Hidayah. Majlis yang dihadiri seramai 250 orang penghuni dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh penghuni dan diikuti ucapan aluan oleh PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Koreksional Machang. Ceramah Isra' dan Mikraj disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Hj Abdul Fattah bin Hj. Jaafar, Pegawai Penerangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Pendakwah Bebas.
""