Pada 25 Februari 2015, Unit Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina peringkat penghuni yang diadakan di Perkarangan APCCA melibatkan seramai 15 orang penghuni yang beragama Buddha. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Badrul Hisham Bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang turut di hadiri oleh TKPj Hj Kushairi Bin Manap, Pengarah Penjara Pokok Sena, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) dan Media.
""