Pada 23 & 24 Februari 2015, Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan kerjasama dengan Klinik Pergigian Bergerak Daerah Muar untuk menganjurkan program rawatan gigi untuk orang tahanan di PPA Muar. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain serta mengekalkan konsep Penjara Sejahtera yang diterapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
""