| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Kenderaan Dibawah Inisiatif NBOS Kepada Pusat Pemulihan Pemasyarakatan

Pada 06 Mac 2015 (Jumaat), YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah menyempurnakan majlis penyerahan kenderaan di bawah Inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS 2) kepada Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) anjuran Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM.  Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, Timbalan Pengarah Kanan Sektor Pemantauan, Unit Strategi Nasional (NSU), Tuan Syed Nasir bin Syed Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Strategi Laut MiDAS (MBOSC), Kementerian Pertahanan, Brig Jen Toh Choon Siang, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia.


Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) merupakan program yang dijayakan dibawah NBOS 2 iaitu kerjasama diantara Jabatan Penjara Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Kementerian Pertanian.  Buat pertama kalinya peruntukan kewangan untuk PPP dibawah inisiatif NBOS diperolehi semenjak mula beroperasi pada tahun  2011, diluluskan oleh NSU pada tahun 2014 sebanyak RM 4,003,072.50 juta dan dari jumlah tersebut sebanyak RM 667,000.00 telah diperuntukan bagi perolehan kenderaan untuk enam buah PPP iaitu PPP Kem Mahkota Kluang, Johor, PPP Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, PPP Kem Desa Pahlawan, Kelantan, PPP Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah, PPP Kem Batu 10, Kuantan, Pahang dan PPP Kem Kota Belud, Sabah  iaitu sebanyak 6 unit van dan 12 unit motosikal.

 

""