Pada 08 Mac 2015, Penjara Miri telah menganjurkan Pertandingan Futsal Jemputan Sempena Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2015 bertempat di Stadium Tertutup, Miri. Objektif pertandingan adalah untuk mengembangkan minat terhadap permainan futsal, mengetengahkan bakat-bakat baru disamping mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara kakitangan kerajaan dan jemputan yang terlibat. Seramai 10 agensi kerajaan dan Jemputan yang terlibat yang terdiri daripada Rejimen Askar Melayu Darat (RAMD), Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, Balai Polis Sentral Miri, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Sekolah Lambir, Mahkamah Miri, Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN), dan Bank Rakyat Miri. Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Miri, Penguasa Penjara Mahadzair bin Che Daud. Majlis berakhir pada 5.30 petang.
""