| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Insentif Spm 2014 Sekolah Integriti Kuching

Pada 13 Mac 2015 (Jumaat), YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif SPM 2014 di perpustakaan Sekolah Integriti Kuching, Penjara Puncak Borneo. Sumbangan diserahkan kepada dua orang pelajar yang memperolehi keputusan 1A-,1B+, 2C+, 1C, 2D dan 1E dan 1C, 3D, 3E. Insentif tersebut telah disumbangkan oleh Persatuan Jurufoto Media Sarawak(SPPA), Wanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Persatuan Kuih Muih dan Masakan Sarawak. Majlis turut dihadiri oleh TKPj Abdul Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Puan Hajah Serina binti Sauni, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, PKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Puncak Borneo, pegawai kanan dan kakitangan serta guru-guru dan pelajar Sekolah Integriti Kuching.

 

""