Pada 19 Mac 2015 (Khamis) telah berlangsungnya Perhimpunan sempena sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo yang diadakan di Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Pada tahun ini Hari Penjara bertemakan 'Peneraju Perkhidmatan Korektif' yang menzahirkan kepada masyarakat bahawa Jabatan Penjara Malaysia sentiasa optimis dalam menjayakan agenda pemulihan agar setiap insan yang menjalani hukuman di dalam penjara mahupun di luar tembok penjara mendapat didikan yang sempurna dan berubah ke arah kehidupan yang lebih baik apabila dibebaskan kelak. Pada majlis tersebut, seramai (2) Pegawai menerima Pingat Perkhidmatan Setia dan (25) pegawai telah menerima Pingat Perkhidmatan Am yang telah disempurnakan oleh TKPj Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak untuk pegawai Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak, bagi pegawai dari Penjara Puncak Borneo pingat di sampaikan oleh PKP Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Penjara Puncak Borneo. Manakala penyampaian pingat untuk pegawai Parol pula disampaikan oleh PP Walace anak Nawon, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak. Sesi Penyampaian Pingat diadakan di Auditorium Sri Sarawak. Setelah selesai penyampaian pingat, Sesi melawat bekas-bekas pegawai penjara serta anak kakitangan yang kurang sihat diadakan. Pada sebelah petang sesi sukaneka diadakan di Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak dengan kehadiran seramai 120 orang kakitangan termasuk Pelatih dari PULAPEN. Selain itu, program bacaan Yassin, tahlil dan Solat Hajat serta Doa Selamat turut diadakan di Surau As-Syafiee dengan Sembahyang berjemaah Solat Maghrib dan Solat Isya'.
""