17 Mac 2015 telah diadakan Projek Teman dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Aids Malaysia. Projek Teman ini juga mendapat kerjasama dengan khidmat teknikal Sektor HIV/AIDS, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. Susulan hasil kejayaan Projek Teman di Penjara Seremban, kini projek ini diperluaskan kepada empat institusi termasuklah Penjara Seberang Perai. Seramai 80 penghuni lelaki telah terpilih mengikuti projek ini sehingga dibebaskan kelak dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti serta pengetahuan kesihatan pengguna dadah sewaktu dalam tahanan dan setelah bebas dari penjara. Taklimat telah disempurnakan oleh Cik Malini Sivapragasam dari Malaysian Aids Council, Prof Madya Dr. Azlinda Azman dan Jagathesan Kupusami dari AARG Pulau Pinang.
""