Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Jabatan Penjara Malaysia 2015 telah berlangsung selama 1 hari iaitu pada 15 Mac 2014. Kejohanan sukan yang diadakan secara dwi tahunan ini telah dikelolakan oleh Ibu Pejabat Penjara Sabah, bertempat di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Turut sama diadakan adalah Pertandingan Tarik Tali Jabatan Penjara Malaysia. Sebanyak 10 kontinjen mewakili seluruh Institusi Penjara Malaysia yang melibatkan 81 atlet olahraga menyertai kejohanan ini meliputi 29 acara balapan dan padang. Turut membantu mejayakan kejohanan ini ialah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertanggungjawab dari aspek teknikal bagi semua acara yang dipertandingkan. Manakala Pertandingan Tarik Tali pula sebanyak 8 pasukan menyertai dengan melibatkan 88 peserta. Persatuan Tarik Tali Sabah telah turut membantu dalam aspek teknikal dan pengadilan semasa acara tarik tali diadakan.
Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah, TKPj AB Basir bin Mohamad. Sepanjang kejohanan ini berlangsung, sebanyak 6 rekod baru telah berjaya diperbaharui.
BIL | ACARA | PESERTA | NEGERI | REKOD LAMA | REKOD BARU |
1. | Lompat Jauh (Wanita) | Zura binti Omar | Selangor C | 4.28 m | 4.49 m |
2. | 110 m Lari Berpagar Lelaki | Yuhairi bin Ishak | Sabah | 17.86 (s) | 17.80 (s) |
3. | 100 m Lelaki Veteran | Majista Rabunbillah | Sabah | 12.22 (s) | 12.15 (s) |
4. | 100 m Wanita | Zura binti Omar | Selangor C | 14.10 (s) | 13.58 (s) |
5. | 100 m Lelaki | Syamsul bin Sabli | Sabah | 11.3(s) |
10.96 (s) |
6. | Lompat Tinggi Lelaki | Ag. Khalid bin Ag.Talib | Sabah | 1.76 m | 1.80 m |
Pada kejohanan kali ini, Yuhairi bin Ishak dari Kontinjen Sabah telah muncul sebagai Olahragawan manakala Olahragawati disandang oleh Zura binti Omar dari Selangor C. Pemenang bagi kategori Perbarisan Terbaik telah disandang oleh Kontinjen Sabah yang juga merupakan Johan Keseluruhan kejohanan. Bagi Acara Tarik Tali pula pasukan Selangor B telah muncul juara dengan mengalahkan pasukan Sabah pada perlawanan akhir.
Majlis Perasmian Penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg KJP Dato' Sri Hj.Zukifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Di dalam ucapan penutupan, beliau melahirkan rasa gembiranya di atas kejayaan Ibu Pejabat Penjara Sabah mengelola kejohanan ini serta berpuas hati dengan komitmen, disiplin dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh semua kontinjen yang mengambil bahagian.
""