| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-225 Peringkat Sekolah Henry Gurney Melaka

Pada 19 Mac, 2015 (Khamis) Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke 225 bertempat di Dewan Seroja  Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Acara dimulakan dengan Pengarah Sekolah Henry Gurney, PKP Lim Kim Mooi membacakan perutusan Komisioner Jeneral Penjara YBhg.Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar. Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat dan penyampaian pingat PPA kepada kakitangan.


Sempena Sambutan Hari Penjara juga, kakitangan SHG Melaka turut membuat kutipan sumbangan untuk mangsa banjir dan diserahkan kepada ASP Mohamad Jamil, wakil Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka. Seterusnya pengisian slot ceramah bertajuk "Kerja Sebagai Ibadah" yang disampaikan Ust Mohd Firdaus Idris dari Universiti Sains Islam Malaysia. Pada sebelah malam nya pula diadakan bacaan Surah Yassin, tahlil dan Solat Hajat.

 

""